Tuesday, February 9, 2010

Definasi Cinta

Satu malam dalam perjalanan balik, aku ada mendengar satu ceramah di IKIM.fm. Tajuknya 'Cinta Rasul'. Ada isi-isi penting yang menarik apabila penceramah cuba menerangkan konsep cinta.

1. Definasi cinta. Iaitu C = cinta, I = ikut, N = nabi, T = taat, A = Allah. maksudnya C.I.N.T.A = cinta ikut nabi taat ALLAH. best kan? first time aku dengar.

2. Frasa "Cintai diri, cintai tuhan, barulah cintai orang lain" ditukar kepada "Kenali diri, kenali tuhan barulah kenali orang lain". Penceramah huraikan jika kita dapat mengenali diri kita sendiri dan kenali Allah, barulah kita dapat mengenali orang lain dengan lebih baik. Dalam mengenali diri kita, kita dapat memahami kehendak dan nilai-nilai yang bersesuaian dengan diri. Dan kehendak dan nilai-nilai ini tertakluk kepada kehendak dan perintah ALLAH kepada kita. Dengan ini, kita mampu merangka had-had sempadan dalam pergaulan. Apabila kita berkenalan dan berinteraksi dengan orang lain, kita berkenalan dan berinteraksi dalam had sempadan yang telah kita tetapkan. Maka, perkenalan itu akan sentiasa berada dalam had sempadan yang telah kita tetapkan dan tidak akan berlaku perka-perkara yang tidak sepatutnya.

3. Isu Cinta Sejati, Cinta Murahan. Tiada konsep cinta murahan kerana setiap cinta itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Satu nikmat Allah kepada hambaNya. Cuma kita yang tidak pandai meletakkan cinta itu pada tempat yang sepatutnya.

Itulah antara isu yang aku sangat tertarik sebabnya definasi dan konsep cinta yang huraikan oleh panel-panel tersebut agak berbeza dengan definasi dan konsep cinta yang biasa aku dengar.

1 comments:

rabia-adawiah musa said...

alhamdulillah,
semoga anta menemui cinta sejati..:)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger