Sunday, October 31, 2010

river of life...


Lukisan Alam by Hijjaz

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu


~ dalam menongkah sungai kehidupan ini, kite pasti akan menempuh arus dugaan dan halangan. jika dengan berserah dan pasrah kita akan tertewas. hanya yang cekal dan tabah yang akan berjaya mencapai destinasi yang dituju. kerana, Allah sudah menjanjikan bahawa dugaan dan cabaran diberi setimpal dengan keupayaan manusia itu sendiri. Dan Allah tidak sesekali akan menzalimi hamba-Nya. cuma, adakalanya ku rasakan dan sesekali kurasakan dengan berserah dan pasrah lebih mudah ku menongkah arus sungai itu...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger