ILMU DAN KEFAHAMAN SAMA PENTING
"Dan di antara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu dan hanya mengikuti para syaitan yang sangat jahat", Ayat Al-Hajj (22:3)."Dan di antara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu, tanpa petunjuk, dan tanpa kitab(wahyu), yang memberi penerangan", Ayat Al-Hajj (22:8).Dua ayat dari Al-Quran ini jelas menceritakan tentang manusia yang berdebat tentang agama tanpa ilmu pengetahuan. Dan perdebatan tanpa ilmu hanya akan menyesatkan manusia itu sendiri..
TALK WITHOUT INVESTIGATE, SAY WITHOUT THINK
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan(kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.", Surah Al-Hujurat ayat 6 (49:6). Cuba korang teliti ayat yang saya berikan ini. Dalam Al-Quran telah dinyatakan agar kita perlu menyelidik terlebih dahulu sesuatu berita sebelum membuat keputusan atau kenyataan. Agar kita tidak tersalah dan tidak menyesal dengan perbuatan/percakapan kita.
HUMAN RIGHTS: ADAKAH SATU NILAI TERTINGGI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA?
Jujur, kemampuan saya dalam menterjemahkan dan membincangkan perkara ini sangat-sangat terhad. Jadi saya akan kongsikan beberapa artikel yang membincangkan tentang perkara ini. Artikel ini membincangkan dari sudut pandangan seorang beragama Islam. Saya cuma mahu anda fikirkan sama ada hak kebebasan asasi itu adalah nilai yang paling tinggi yang perlu diambil berat/dipertimbangankan dalam suatu perkara ATAU Al-Quran dan Hadis yang menjadi rujukan kita sebagai seorang beragama Islam.
SIKAP SI PENGOTOR HAMPIR RAGUT NYAWA
Cuba sewaktu memandu kamu perhatikan kenderaan-kenderaan di sekitar kamu, pernah tak perasan sampah dibuang dari luar kereta? Ataupun, ketika kamu makan-makan atau membeli kuih, pernah tak melihat ada kereta yang membuang bungkusan sampah di tepi-tepi jalan sesuka hati? Atau pun si perokok yang membuang puntung rokok mereka sesuka hati? INILAH CONTOH SI PENGOTOR DI MALAYSIA YANG SEMAKIN BANYAK.
BERAYA DI PERANTAUAN...
Pepatah melayu ada meyebut,"Jauh berjalan,luas pandangan". Rasanya kena dengan keadaan saya ketika ini. Betul, semakin jauh kita mengembara, semakin luas pandangan kita terhadap Bumi Allah dan ciptaan-Nya. Semakin banyak yang dapat kita pelajari daripada situasi/keadaan yang terbiasa di tempat asal kita.