Pada pendapat saya, bukan terlalu susah untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Cuma sikap tidak bertanggungjawab itu lebih menebal di dalam hati mereka. Yang peliknya, adakalanya ibu bapa yang berpelajaran tinggi, atau orang yang berkereta mewah hatta orang berjawatan tinggi pun tidak ada kesedaran sivik tersebut. Kalau kamu tak percaya, kamu boleh cuba melihat rakan-rakan kamu atau pun keluarga atau saudara kamu. Jika tiada, Alhamdulillah bersyukur kamu berada dalam persekitaran masyarakat yang BERTANGGUNGJAWAB TINGGI. hehe... Bukan hanya BERPENDAPATAN TINGGI sahaja yang dikejar. Tetapi, jika ada hmmm... cuba-cubalah tegur secara berhikmah yek. Bukan apa, cuma mungkin dari usaha kamu maka kaum SI PENGOTOR ini akan berkurangan dan pupus sama sekali di Malaysia. Kan bak kata orang tua-tua," Bermulah dari diri kamu, keluarga dan akhirnya terbentuk masyarakat yang bertanggungjawab".
Ini contoh terbaru yang mana sikap SI PENGOTOR ini yang bukan mengotorkan persekitaran tetapi boleh menimbulkan masalah kepada orang lain.
SEGAMAT: Plastik sampah yang dibuang menerusi tingkap sebuah kereta nyaris meragut nyawa seorang mekanik apabila ia membelit tayar motosikal hingga menyebabkan penunggangnya tercampak ke atas jalan raya di Jalan Genuang Segamat di sini, kelmarin. Di ambil daripada Berita Harian (22/06/2012). Berita Harian Online | Sampah dari kereta belit tayar motosikal