Friday, June 22, 2012

Sikap Si Pengotor Hampir Ragut Nyawa

          Cuba sewaktu memandu kamu perhatikan kenderaan-kenderaan di sekitar kamu, pernah tak perasan sampah dibuang dari luar kereta? Ataupun, ketika kamu makan-makan atau membeli kuih, pernah tak melihat ada kereta yang membuang bungkusan sampah di tepi-tepi jalan sesuka hati? Atau pun si perokok yang membuang puntung rokok mereka sesuka hati? INILAH CONTOH SI PENGOTOR DI MALAYSIA YANG SEMAKIN BANYAK

          Pada pendapat saya, bukan terlalu susah untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Cuma sikap tidak bertanggungjawab itu lebih menebal di dalam hati mereka. Yang peliknya, adakalanya ibu bapa yang berpelajaran tinggi, atau orang yang berkereta mewah hatta orang berjawatan tinggi pun tidak ada kesedaran sivik tersebut. Kalau kamu tak percaya, kamu boleh cuba melihat rakan-rakan kamu atau pun keluarga atau saudara kamu. Jika tiada, Alhamdulillah bersyukur kamu berada dalam persekitaran masyarakat yang BERTANGGUNGJAWAB TINGGI. hehe... Bukan hanya BERPENDAPATAN TINGGI sahaja yang dikejar. Tetapi, jika ada hmmm... cuba-cubalah tegur secara berhikmah yek. Bukan apa, cuma mungkin dari usaha kamu maka kaum SI PENGOTOR ini akan berkurangan dan pupus sama sekali di Malaysia. Kan bak kata orang tua-tua," Bermulah dari diri kamu, keluarga dan akhirnya terbentuk masyarakat yang bertanggungjawab".


         Ini contoh terbaru yang mana sikap SI PENGOTOR ini yang bukan mengotorkan persekitaran tetapi boleh menimbulkan masalah kepada orang lain.


SEGAMAT: Plastik sampah yang dibuang menerusi tingkap sebuah kereta nyaris meragut nyawa seorang mekanik apabila ia membelit tayar motosikal hingga menyebabkan penunggangnya tercampak ke atas jalan raya di Jalan Genuang Segamat di sini, kelmarin. Di ambil daripada Berita Harian (22/06/2012). Berita Harian Online | Sampah dari kereta belit tayar motosikal

Sunday, November 6, 2011

Beraya Di Perantauan...

Pepatah melayu ada meyebut,"Jauh berjalan,luas pandangan". Rasanya kena dengan keadaan saya ketika ini. Betul, semakin jauh kita mengembara, semakin luas pandangan kita terhadap Bumi Allah dan ciptaan-Nya. Semakin banyak yang dapat kita pelajari daripada situasi/keadaan yang terbiasa di tempat asal kita.

Di sini, saya cuma hendak berkongsi sedikit sambutan Hari Raya Aidiladha di Chiangmai, Thailand. Di sini, kami selalu mengunjungi kawasan Islam di sekitar kawasan Masjid Hidayatul. Berdekatan dengan Kalare Night Bazaar. Masjid ini lebih berbentuk kompleks islam di mana ada tempat solat, kelas, asrama dan kawasan makan.

Di sini, sambutan Hari Raya Aidiladha lebih kurang sama dengan di Malaysia. Berkumpul di masjid di pagi hari raya, bertakbir, solat sunat hari raya, khutbah raya, melaksanakan sembelihan korban. Ada daging yang di agihkan dan ada yang di masak dan makan bersama-sama. Kecuali beberapa perkara.

1. Sebelum solat sunat raya:

#Mereka berkumpul di luar dan bertakbir di ketuai Imam masjid. Bertakbir kemudian berjalan beberapa langkah. Kemudian, bertakbir semula, dan berjalan beberapa langkah lagi. Sehinggalah sampai ke pintu ruang solat masjid tersebut.

# Sebaik sahaja masuk ke ruang solat, mereka duduk membentuk bulatan dan membaca al-quran. Mereka mengkhatam Al-quran beramai-ramai dengan cara setiap orang membaca sebahagian surah.

2. Semasa solat sunat hari raya:

# Sebelum solat sunat ajk masjid ada menerangkan cara solat sunat aidiladha. Dan memandangkan bukan di Malaysia, ada kemungkinan berbeza seperti lazimnya yang diamalkan. Masalahnya, ia diterangkan dalam bahasa Thailand dan tak silap kantonis. Maka, saya langsung tidak faham. Tidak mengapa, bak kata kawan saya, "kite ikut imam jela". Rupa-rupanya memang betul pun lain. Rakaat pertama, takbir 3 kali sahaja. Rakaat kedua, lepas baca Surah Al-Fatihah dan satu surah lagi baru lah takbir 3 kali kemudian rukuk. Hehehe... kat sini la yang kantoi. Hampir hendak rukuk bila imam ucap takbir yang pertama. Ish...ish..ish.. nasib baik leh cover lagi. Hehehe.. Dan rupanya ramai juga yang terrukuk, atau hampir rukuk termasuklah kawan-kawan saya. Tergelak jek kami dengar cerita masing-masing.

Itulah boleh buat ikhtibar iaitu penguasaan bahasa memang sangat penting terutama jika ingin mengembara ke negara lain.

Dan selepas solat sunat hari raya, ada khutbah raya dan tentulah tidak faham sebab dalam bahasa Thai. Selepas itu, bersalam-salam sesama jemaah.



Itulah sedikit sebanyak pengalaman menyambut Hari Raya Aidiladha di negara orang. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan;

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
KEPADA SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT














Monday, October 24, 2011

Ilmu dan Kefahaman Sama Penting

"Dan di antara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu dan hanya mengikuti para syaitan yang sangat jahat", Ayat Al-Hajj (22:3).

"Dan di antara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu, tanpa petunjuk, dan tanpa kitab(wahyu), yang memberi penerangan", Ayat Al-Hajj (22:8).

Dua ayat dari Al-Quran ini jelas menceritakan tentang manusia yang berdebat tentang agama tanpa ilmu pengetahuan. Dan perdebatan tanpa ilmu hanya akan menyesatkan manusia itu sendiri.

Ilmu di dalam Islam adalah sangat penting. Kepentingan ilmu itu sendiri di gambarkan dengan ayat Al-Quran pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, Surah Al-'Alaq (96:1-5). Ilmu itu penting dalam mengenali Allah dan Islam. Satu pertanyaan yang ingi saya utarakan, Sejauh mana anda seorang beragama Islam faham tentang Islam? "Tepuk dada tanyalah iman",bak kata kawan saya.

Pertanyaan saya bukan tentang anda tahu rukun islam ada berapa, rukun iman ada berapa, tapi sejauh mana anda faham tentang perkara-perkara berkaitan Islam itu sendiri. Tidak perlu pergi jauh. Cuba asasnya dahulu. Apakah yang anda faham dengan Rukun Islam dan Rukun Iman?

Hmm.. rukun Islam ada lima; Mengucap 2 kalimah syahadah, Solat lima waktu, Berpuasa, Berzakat dan menunaikan haji bagi yang mampu. Betul... 100%. Hmmm.... rukun Iman ada enam; Beriman pada Allah, Beriman pada malaikat, Beriman pada para rasul, Beriman pada kitab, Beriman pada Qada' dan Qadar dan Beriman pada Hari Akhirat. Betul... 100%. Tetapi, adakah dengan hanya mengetahui perkara-perkara itu sudah cukup untuk menepis segala dugaan dan anasir asing yang cuba mengugat keimanan kita?

Ilmu dan kefahaman tentang ilmu itu benar-benar sangat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam. Benar. SANGAT PENTING. Kenapa? Sebab dengan kefahaman ilmu yang mendalamlah kita akan dapat membezakan mana yang benar dan mana yang batil. Dan dengan kefahaman ilmu yang mendalamlah kita dapat mempertahankan Islam.

Saya mencari beberapa perkara berkaitan murtad beberapa hari ini dan saya terbaca beberapa artikel berkaitan orang islam yang murtad dan sebab kenapa mereka murtad. Rumusannya, kesemua yang murtad itu memang tahu tetapi tidak faham tentang Islam. Malahan jika dilihat ada yang berilmu agama tinggi yang terlibat dengan ajaran sesat, melakukan perkara terkutuk dan murtad. Malahan tanpa ilmu dan kefahaman yang mendalam juga akan menyukarkan kita untuk mempertahankan Islam dari segala fitnah. Maaf, jika ada yang menyangkal pernyataan ini. Anda boleh 'google' sendiri jika anda mahu buktinya.

Pada pendapat saya, kefahaman dan ilmu mendalam dalam Islam adalah wajib bagi setiap seorang Muslim. Bukan sekadar tahu tetapi faham. Dan saya mencadangkan agar kite bermula dengan membaca ayat Al-Quran bersama terjemahannya. Agar kita dapat mengambil ikhtibar dan manfaat dari ayat-ayat tersebut. Dan bukan hanya sekadar membacanya. Dan berusaha mencari ilmu-ilmu agama melalui guru-guru dan majlis-majlis ilmu. Kerana dalam sejarah kegemilangn islam para ilmuan Islam bermula dengan ilmu Al-Quran dan Hadis.

"Dan Kami tidak mengutuskan sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang lelaki-lelaki yang kami yang kami berikan wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui", Surah An-Nahl (16:43).

~Sekadar hendak berkongsi satu artikel tentang berpindah mazhab kerana ada kesulitan (masyaqqah).Ini linknya: Link 1. Semoga ia dapat membantu kawan-kawan saya memahami tentang perkara ini dan bukannya berdebat tentang suatu yang sudah disepakati oleh para ulama' terdahulu.

Human Rights: Adakah satu nilai tertinggi dalam kehidupan manusia?

Human Rights ataupun hak asasi manusia sering diperkatakan sama ada dalam bentuk pandangan seseorang, suatu pihak, organisasi malahan dalam bentuk kesatuan. Ia sering diperkatakan berkaitan hak seseorang manusia dalam sesuatu perkara. Definisi hak asasi manusia menurut pandangan antarabangsa:

"Human rights are rights inherent to all human beings, whatever our nationality, place of residence, sex, national or ethnic origin, colour, religion, language, or any other status. We are all equally entitled to our human rights without discrimination. These rights are all interrelated, interdependent and indivisible.

Universal human rights are often expressed and guaranteed by law, in the forms of treaties, customary international law , general principles and other sources of international law. International human rights law lays down obligations of Governments to act in certain ways or to refrain from certain acts, in order to promote and protect human rights and fundamental freedoms of individuals or groups.," United Nations Human Rights.

Berdasarkan pemahaman saya dari definasi ini ialah setiap manusia mempunyai hak asasi dan hak-hak asasi ini didefinasikan dan dilindungi oleh undang-undang.
Saya tidak menyangkal hak asasi manusia. Dan saya tidak menyangkal undang-undang yang telah dirangka bagi mempertahankan hak ini. Cuma yang ingin saya utarakan ialah apakah had sempadan hak asasi manusia ini. Dan sejauh mana ia selari dengan hak-hak yang lain.

Jujur, kemampuan saya dalam menterjemahkan dan membincangkan perkara ini sangat-sangat terhad. Jadi saya akan kongsikan beberapa artikel yang membincangkan tentang perkara ini. Artikel ini membincangkan dari sudut pandangan seorang beragama Islam. Saya cuma mahu anda fikirkan sama ada hak kebebasan asasi itu adalah nilai yang paling tinggi yang perlu diambil berat/dipertimbangankan dalam suatu perkara ATAU Al-Quran dan Hadis yang menjadi rujukan kita sebagai seorang beragama Islam.


Di sini saya kongsikan berita yang menyebabkan saya terfikir perkara ini. Groups: Don't interfere with a person's freedom to choose their attire. Pada saya memang betul, kite tidak patut menyibuk dalam urusan seseorang untuk berpakaian. Terpulang kepada mereka untuk berpakaian apa sekali pun. Itu HAK mereka. Tetapi perlu diingat bahawa selain HAK individu, ada lain yang turut mempunyai hak. Iaitu HAK seorang Islam mengajak saudara seIslamnnya untuk mengamalkan ajaran Islam.

Hanya Allah yang lebih mengetahui.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger