Wednesday, September 22, 2010

sms raya vs. kad raya

Setiap kali hari raya berkunjung, pasti macam perkara yang menjengah pemikiran. Ada yang fikir pasal baju raya, pasal isu nak balik kampung, nak sediakan duit raya dan KAD RAYA.

Dulu kad raya pasti akan dicari seawal minggu ke3 ramadhan lagi. Nak cari yang cantik, yang kreatif, siap yang ada lagu untuk rakan,bos,keluarga dan sudah tentunya untuk yang tersayang. Beli awal supaya dapat pos awal. Jika lambat, maknanya lepas raya baru dapat kad tersebut.

Tapi itu dulu,sekarang lain. Zaman millenium,zaman teknologi. Sekarang, pakai sms raya. Lebih mudah dan lebih jimat. Mudah nak hantar,jimat kosnya. Yela,paling cikai pun 10sen jek 1sms. Lagi-lagi kalo yang jenis pelupa ni,malam-malam raya masih sempat lagi nak hantar. (saya hantar pas raya..sbb selalu terlupa..hehe)

Cuma,pada saya jika diberi pilihan antara sms raya atau kad raya,saya pasti pilih kad raya. Sebabnya, kad raya ada estetika tersendiri,ada nilainya. Bersifat solid dan boleh ditayangkan kat depan ruang tamu.. Hehe..ingatkan kalo dulu-dulu masa kecik-kecik pergi rumah orang beraya, rantaian kad raya adalah salah satu hiasan rumah. SMS RAYA boleh tayang ke??.. hmm..

Satu lagi, untuk membantu rakan-rakan posmen kite.. Hehe.. yela mesti diorang rindu zaman-zaman berhempas-pulas 'sort n sent' semua kad raya kite kan.

Walaupun,kad raya ni makin pupus, saya masih lagi menyokong sepenuhnya kegunaan kad raya. Majulah kad raya untuk posmen.. hehe..

Ni saya nak berkongsi antara sms kreatif yang saya terima...


sila click gambar di atas untuk membaca

kreatifkan orang zaman sekarang.. hmm.. Kepada rakan-rakan semua, saya ingin mengucapkan

'SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN'






Thursday, September 2, 2010

jika hati pandai berbicara...

andai kata hati ni pandai berbicara..pasti hati bicara emosi yang sering terpendam. Yang sering dipendam kerana takut untuk diluahkan. Sebab? Sebabnya mungkin akan ada yang tersinggung, mungkin ada yang akan menyesal atau mungkin akan ada yang terluka.

tapi jika tidak terluah, bak kata seorang pakar motivasi "jangan di simpan dalam hati,nanti makin terluka,makin sengsara".

hmm..bagaimana yek? jika hati pandai berbicara tentu banyak yang akan kecewa,sedih tapi ada juga yang akan tersipu malu dan gembira. Yela, jika yang dibacaranya adalah bicara cinta. Pasti indahkan masa tu.Tentu ramai yang berharap agar masa tidak bergerak.Kekal untuk dinikmati selama yang boleh. bak kata orang sekarang,"dalam hati ada taman.dalam taman ada bunga..."

manusia ni memang pandai menyimpan perasaan dalam hati.tapi ada juga yang cakap lepas.hehe..nasib la jika dapat kawn macam ni. tapi ada juga bagusnya.senang,tak la kita asyik berteka-teki apa yang ada dalam hati dia.

tapi pastinya,hati memang tidak akan mungkin berbicara.yang berbicara adalah kita. andai bicara dengan akal dan iman,pasti bicara kita akan memberi kebaikan dan kebahgian kepada orang sekitar kita dan diri kita sendiri.

andai dapat ku bicara terus ke hati mu...pasti kau faham maksud ku



~“ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (surah ar-Ra’du:28)

Friday, August 27, 2010

merdeka..apa ertinya


Merdeka..merdeka..merdeka
Kata keramat bagi tanah airku
sejak 53 tahun lalu
hingga kini kembali kedengaran
Bangga kita merdeka
Bangga kita berjaya merdeka

Tapi
hanya kata yang keramat yang terluah
hanya rasa bangga yang ada
Lihat lah betapa
makin alpa anak bangsaku
makin jauh dari mengerti
apa nilai sebuah kemerdekaan

apa..apa ertinya
jika anak bangsa ku sekadar pandai berkata
sekadar bangga di jiwa
Lihatlah jauh mana diri dengan agama
jauh dengan nilai ketimuran
jauh dengan semangat intelektual

Mana hilangnya alim ulama yang terbilang
mana hilangnya kegagahan pendekar zaman silam
mana hilangnya cerdik pandai pedagang terbilang

Anak bangsa ku sedarlah
Apa...apa ertinya dengan sekadar berkata MERDEKA
apa ertinya dengan jeritan MERDEKA
apalah gunanya
jika ia masih hanya sekadar kata-kata

Nukilan: ariff
27 Ogos 2010~3.59pm

~Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53. 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Thursday, August 26, 2010

suatu hari lalu...

Pasti setiap orang punya satu hari lalu. Ada yang gembira,ada yang sedih. Ada yang menjadi kenangan, ada yang ingin dilupakan.

EMOSI. Emosi satu elemen yang memainkan peranan dalam kisah suatu hari lalu. Dengan emosi,kita akan menilai kisah suatu hari lalu sama ada indah atau duka. Andaikata emosi tika itu keceramuk,ia adalah duka. Andaikata emosi tika itu tenang,ia adalah indah.

Hmm...kita terlalu menilai sesuatu hanya emosi. Tanpa,peduli ada elemen lain yang ada pada kita. MINDA dan SPRITUAL. Dengan minda,kita meniali dengan ilmu. Dengan spritual,kita menilai dengan iman.

Andaikata pada suatu masa nanti,kita perlu menilai kisah masa lalu,ingatlah selain emosi kita juga perlu menilai dengan minda dan spritual kita...

Andaikata pada masa itu,kita masih gagal menilai baik,azam lah satu masa nanti kita akan menilai dengan lebih baik...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger