Sunday, October 31, 2010

river of life...


Lukisan Alam by Hijjaz

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu


~ dalam menongkah sungai kehidupan ini, kite pasti akan menempuh arus dugaan dan halangan. jika dengan berserah dan pasrah kita akan tertewas. hanya yang cekal dan tabah yang akan berjaya mencapai destinasi yang dituju. kerana, Allah sudah menjanjikan bahawa dugaan dan cabaran diberi setimpal dengan keupayaan manusia itu sendiri. Dan Allah tidak sesekali akan menzalimi hamba-Nya. cuma, adakalanya ku rasakan dan sesekali kurasakan dengan berserah dan pasrah lebih mudah ku menongkah arus sungai itu...

Friday, October 29, 2010

Berita Harian Online | Teknik interaktif pupuk minat sejarah

Monday, October 25, 2010

Hidup ini



Hidup ini
anugerah Sang Pencipta yang Maha Kuasa
penih dengan warna
bak waran pelangi...
penuh corak
keindahan dan keunikan

Hidup ini
yang indah bagi seorang
mungkin buruk bagi seorang
yang hebat bagi seorang
mungkin teruk bagi seorang
yang dan mungkin...
belum tentu ada kesudahannya

Cuma
pasti...yang bersyukur pasti tahu
bahawa tanpa hidup ini
warna kehidupan ini
tentu tidak ketemu yang tersayang
tentu tidak ketemu sahabat
tentu tiada kenal erti keluarga
dan yang pasti
Tidak kenal Sang Pencipta yang Maha Esa


Nukilan: ariff
24 Oktober 2010 ~ 8.45pm

~andai seorang itu tahu erti syukur, pasti aman lah jiwanya. kerana dengan syukur itu ia akan lenih menghargai apa yang dimilikinya ketika ini..

Berita Harian Online | Teliti dulu subjek Sejarah syarat wajib lulus SPM

Thursday, October 21, 2010

CINTA SEJATI ITU MENYEMBUHKAN TIDAK MENYAKITKAN


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger