Thursday, September 30, 2010

selfishness..

Dalam sesuatu perkara,manusia akan melihat dari sudut pandangan sendiri. Pemahaman sendiri dan pemikiran sendiri. Semua itu dibina berdasarkan pengalaman,pembelajaran,pemerhatian dan pemahaman sendiri. Kadang kala, persekitaran juga memberi kesan dalam melihat sesuatu perkara.

Adakalanya, pandangan itu betul bagi sesetengah pihak tetapi salah bagi pihak yang lain. Adakalanya, menarik dan kreatif bagi sesetengah pihak tetapi sangat dangkal dan jumud bagi pihak yang lain.

Isu paling sensasi dewasa ini,hak kebebasan asasi. 'hak untuk bebas melakukan apa sahaja oleh sesiapa sahaja',itulah interpretasi makna HAK KEBEBASAN ASASI bagi sesetengah pihak. Antaranya, bebas bersuara,bebas menyuarakan pandangan dan pendapat tanpa gentar dan takut. Alasan yang diguna, perlembagaan benarkan hak bebas bersuara. Dunia menyanjung kebebasan hak asasi seseorang untuk menyuarakan pandangan dan pendapat.

Walaupun jelas,pandangan itu menyakitkan pihak yang lain. Walaupun jelas,pandangan itu mencela agama yang lain. Walaupun jelas, pandangan itu menghina bangsa dan negara lain.

Ada yang mencela agama lain kerana tidak sama dengan pemahaman agamanya, atas alasan bebas bersuara. Ada yang mencela negara sendiri, atas alasan perlembagaan membenarkan. Ada yang sanggup melakukan perkara yang jauh dengan sifat kemanusian, atasan alasan hak kebebasan asasi.

Apa guna undang-undang, perlembagaan jika hak kebebasan asasi melebihi malah menjangkauinya. Apa guna polis dan tentera, penguatkuasa undang-undang jika dengan hanya menggunakan hak kebebasan asasi untuk mereka kebal dari undang-undang. Untuk bebas menyuarakan pendapat dan pandangan tanpa memikirkan kesannya.

Seharusnya, perlu wujud kesedaran bahawa tanpa bebas tanpa kawalan hanya 'ibarat kapal berlayar di lautan tanpa kemudi dan nakhoda, tanpa hala tuju, yang akhirnya karam dipukul ribut dan ombak ganas'.

Setiap kebebasan perlu dan seharusnya ada kawalan. hak kebebasan asasi tidak sepatutnya bererti bebas-sebebasnya. Tetapi BEBAS DALAM KAWALAN. Kawalan yang memastikan kebebasan itu tidak akan memudaratkan yang lain. Itu barulah erti bebas.

Contohnya, dunia menyanjung kebebasan beragama dan kebebasan bersuara. Tetapi tidak bererti seseorang boleh menghina dan mencela agama lain dan mempertikaikan kewujudan dan tatacaranya. Orang itu tidak patut dikatakan mengamalkan kebebasan beragama dan bersuara. Orang itu seharusnya digelar SELFISH PERSON..

tiada kaitan cuma sebuah cerita di pagi hari

~at the end, it's still point of view from someone with his own perspective... dan adakalanya dia terlalu selfish dengan pandangannya sendiri...

Wednesday, September 22, 2010

Keutamaan zakat pendapatan

SOALAN:

Ada pihak yang mempertikaikan, bahawa zakat pendapatan tidak wujud pada zaman nabi dan ia tidak patut dilaksanakan. Namun dalam konteks semasa, zakat pendapatan merupakan penyumbang terbesar kepada kutipan keseluruhan zakat harta.

Maka, bolehkah dijelaskan relevannya zakat pendapatan ini dalam konteks keperluan semasa?

JAWAPAN:

Benar, zakat pendapatan hanya wujud selepas kewafatan nabi. Namun aspek teknikal zakat sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan semasa dan selari dengan konsep pengembangan harta zakat (an-nama').

Harta pendapatan yang dimaksudkan merangkumi gaji, upah, bayaran profesional, royalti dan honorarium dan sebagainya. Kesemua ini termasuk ke dalam kategori harta mustafad, iaitu harta yang diperolehi melalui hasil pekerjaan.

Sebahagian ulama turut menyatakan harta yang bukan diperolehi melalui jalan pekerjaan seperti hadiah, hibah, pusaka, graduiti persaraan, wasiat, pencen, bayaran saguhati sebagai harta mustafad.

Adapun, harta yang diperolehi melalui jalan penyewaan dan pajakan, misalnya hasil sewaan rumah, pajakan tanah dan termasuklah sewaan permit, dikategorikan sebagai harta mustaghallat dan ia dimasukkan juga sebagai harta mustafad dan ia wajib dizakatkan.

Ulama bersetuju bahawa zakat harta pendapatan perlu ditunaikan demi kemaslahatan umat Islam. Hal ini memandangkan gaji atau upah daripada pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang itu mampu menjadikannya kaya.

Dr. Yusuf al-Qaradawi menggunakan hujah daripada al-Quran untuk mewajibkan zakat harta pendapatan. Misalnya firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kamu keluarkan daripada hasil bumi. (al-Baqarah: 267)

Walaupun ayat ini tidak dianggap dalil khusus kepada perintah mengeluarkan zakat pendapatan, para ulama bersetuju bahawa ayat ini menjadi dalil kepada pelaksanaan zakat harta pendapatan dan harta-harta lain.

Hal ini selari dengan perintah Rasulullah SAW yang memerintahkan umat Islam bekerja supaya dapat menunaikan zakat. Sabda baginda: "Setiap Muslim wajib bersedekah". Sahabat bertanya, "Jika tidak dapat?" Nabi menjawab: "Bekerjalah dengan tangannya yang berguna bagi dirinya dan ia dapat bersedekah." (Riwayat Abu Musa)

Menurut sebahagian ulama, zakat pendapatan sudah diamalkan sejak zaman para sahabat lagi. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan yang mana beliau memerintahkan tenteranya mengisytiharkan harta pada setiap akhir tahun.

Sesiapa yang mempunyai lebihan harta hendaklah mengeluarkan zakat ke atas harta itu. Lebihan harta bermaksud harta yang sudah ditolak dengan keperluan wajib diri yang meliputi makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, rawatan dan pengangkutan.

Walaupun demikian, ada juga ulama berpandangan zakat pendapatan wajib dikeluarkan tanpa menolak perbelanjaan asas. Hal ini dikiaskan kepada zakat hasil pertanian yang mana zakat dikeluarkan tanpa dibuat sebarang tolakan.

Oleh hal yang demikian, pusat-pusat zakat di negara ini memberi kebebasan kepada pengeluar zakat sama ada mahu membuat tolakan atau tidak ke atas jumlah pendapatan yang hendak dizakatkan.

Sesuai dengan keanjalan hukum fikah, penerimaan hukum zakat pendapatan ini sebenarnya memberikan natijah yang sangat besar kepada umat Islam.

Ia juga sesuai dengan konsep pengembangan harta (an-nama') sebagaimana yang digagaskan oleh Saidina Umar bin al-Khattab r.a. ribuan tahun silam.

Hal ini mencerminkan sifat Islam sebagai agama yang meraikan keperluan dan perubahan zaman. Oleh itu, wajarlah umat Islam menghayati dan menerima zakat pendapatan ini sebagai kewajipan baharu yang tidak patut dikesampingkan, demi meraih keberkatan dalam pendapatan dan keberkatan dalam segenap aspek kehidupan. Wallahu a'lam.

Sumber- ARKIB UTUSAN : 17/09/2010

sms raya vs. kad raya

Setiap kali hari raya berkunjung, pasti macam perkara yang menjengah pemikiran. Ada yang fikir pasal baju raya, pasal isu nak balik kampung, nak sediakan duit raya dan KAD RAYA.

Dulu kad raya pasti akan dicari seawal minggu ke3 ramadhan lagi. Nak cari yang cantik, yang kreatif, siap yang ada lagu untuk rakan,bos,keluarga dan sudah tentunya untuk yang tersayang. Beli awal supaya dapat pos awal. Jika lambat, maknanya lepas raya baru dapat kad tersebut.

Tapi itu dulu,sekarang lain. Zaman millenium,zaman teknologi. Sekarang, pakai sms raya. Lebih mudah dan lebih jimat. Mudah nak hantar,jimat kosnya. Yela,paling cikai pun 10sen jek 1sms. Lagi-lagi kalo yang jenis pelupa ni,malam-malam raya masih sempat lagi nak hantar. (saya hantar pas raya..sbb selalu terlupa..hehe)

Cuma,pada saya jika diberi pilihan antara sms raya atau kad raya,saya pasti pilih kad raya. Sebabnya, kad raya ada estetika tersendiri,ada nilainya. Bersifat solid dan boleh ditayangkan kat depan ruang tamu.. Hehe..ingatkan kalo dulu-dulu masa kecik-kecik pergi rumah orang beraya, rantaian kad raya adalah salah satu hiasan rumah. SMS RAYA boleh tayang ke??.. hmm..

Satu lagi, untuk membantu rakan-rakan posmen kite.. Hehe.. yela mesti diorang rindu zaman-zaman berhempas-pulas 'sort n sent' semua kad raya kite kan.

Walaupun,kad raya ni makin pupus, saya masih lagi menyokong sepenuhnya kegunaan kad raya. Majulah kad raya untuk posmen.. hehe..

Ni saya nak berkongsi antara sms kreatif yang saya terima...


sila click gambar di atas untuk membaca

kreatifkan orang zaman sekarang.. hmm.. Kepada rakan-rakan semua, saya ingin mengucapkan

'SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN'






Thursday, September 2, 2010

jika hati pandai berbicara...

andai kata hati ni pandai berbicara..pasti hati bicara emosi yang sering terpendam. Yang sering dipendam kerana takut untuk diluahkan. Sebab? Sebabnya mungkin akan ada yang tersinggung, mungkin ada yang akan menyesal atau mungkin akan ada yang terluka.

tapi jika tidak terluah, bak kata seorang pakar motivasi "jangan di simpan dalam hati,nanti makin terluka,makin sengsara".

hmm..bagaimana yek? jika hati pandai berbicara tentu banyak yang akan kecewa,sedih tapi ada juga yang akan tersipu malu dan gembira. Yela, jika yang dibacaranya adalah bicara cinta. Pasti indahkan masa tu.Tentu ramai yang berharap agar masa tidak bergerak.Kekal untuk dinikmati selama yang boleh. bak kata orang sekarang,"dalam hati ada taman.dalam taman ada bunga..."

manusia ni memang pandai menyimpan perasaan dalam hati.tapi ada juga yang cakap lepas.hehe..nasib la jika dapat kawn macam ni. tapi ada juga bagusnya.senang,tak la kita asyik berteka-teki apa yang ada dalam hati dia.

tapi pastinya,hati memang tidak akan mungkin berbicara.yang berbicara adalah kita. andai bicara dengan akal dan iman,pasti bicara kita akan memberi kebaikan dan kebahgian kepada orang sekitar kita dan diri kita sendiri.

andai dapat ku bicara terus ke hati mu...pasti kau faham maksud ku



~“ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (surah ar-Ra’du:28)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger